Ahad, 27 Februari 2011

~Aku Cuma An-Nisaa~

Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah sehingga dirinya digelar afifah solehah. Dialah wanita pertamaTiada ragu mengucap syahadah. Pengorbanan bersama Rasulullah, susah senang bersama, walau hilang harta kerana berdakwah, walau dipulau 3 tahun 3 bulan. Imannya sedikit pun tak berubah. Mampukah aku setabah dirinya? Andai diuji sedikit sudah rebah..Baru dihina sudah mengalah. Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah.. 
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah. Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya. Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda. Anak yang semulia peribadi baginda. Tangannya lah yang membersihkan luka, tangannya jua yang membersihkan cela pada jasad Rasulullah tercinta. Gagahnya dirinya pada dugaan. Mampukah aku sekuat Fatimah? Saat diri terluka dendam pula menyapa, saat disakiti maki pula mengganti. Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah,Tukang sisir yang beriman dan Keluarga Yasir yang bertakwa. Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan. Mampukah sabarku seperti mereka? Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah. Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih kerana yakin Allah pasti disisi. Sabarkan aku seperti sumaiyah, biar tombak menusuk jasad..Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim. Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman Islamlah sehingga menjadi sahabat Rasulullah. Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami. Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya tingginya nilai cinta pada harga Iman. Mampukah aku menatap cinta itu? Sedangkan rupa yang menjadi pilihan. Ketulusan Iman diketepikanYa Allah..Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah... 
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira, isteri termuda Rasulullah. Biar dilempar fitnah, dia tetap teguh pada ketetapanNya. Isteri sejati yang memangku Nabi pada saat terakhir baginda. Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan. Betapa hatimu seorang mujahidah. Ya Allah..Mampukah aku contohi dirinya? Pada fitnah yang melanda, diri mula goyah dan putus asa. Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah.. 
Teringat diri pada Khansa. Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH. Dia meratap tangis..Anak sulungnya syahid, anak keduanya turut syahid, anak ketiganya dan keempat jua mati syahid. Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta. Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad. Ya Allah..Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad? Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab. Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah. Berikan aku kekuatan sepertinya..Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah. Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah, apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah, mahupun sehebat Ummu Sulaim dan tidak seteguh Aisya Humaira. Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman, dimana Aurat semakin dibuka terdedah. Dimana syahadah hanya pada nama. Dimana Dunia yang terus dipuja. Dimana nafsu fana menjadi santapan utama. Dimana batas sentiasa dileraikan. Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa. Para pendosa yang terbanyak di neraka. Lantas walau tak setabah para Mujahidah, namun tabahlah pada ketetapan Allah kerana padanya ada Syurga! Walau tak semulia para wanita sirah, tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada Pahala! Walau tak sesabar para wanita solehah, namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam bukan untuk ditindas kerana lemah. Tapi untuk dilindungi kerana Indah dan Indah apabila tertutup terpelihara. kerana disitulah terjaganya Syahadah. Bak mekarnya wanita dalam sirahTuntunlah kami ke arah syurga..Bicara dari An-Nisaa yang hina..Makbulkan doaku..Aamiin..

Selasa, 22 Februari 2011

Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...♥

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....


~renungan bersama~